Sejarah Silat Melayu
27
Okt
Seni Silat atau Pencak Silat adalah
salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu atau Nusantara
yang diamalkan sejak berkurun yang lampau. Usia sesebuah ilmu atau
salasilah seni silat tidak dapat dihuraikan secara terperinci dan tepat
kerana tiada usaha-usaha untuk mengkaji dari pihak berwajib secara
mendalam.
Ada yang menganggarkan seni ini telah
berusia beratus-ratus tahun dan diperturunkan dari generasi ke generasi.
Ini termasuklah pengamal-pengamal seni mempertahankan diri ini di
Brunei, Filipina, Indonesia, Malaysia, dan Thailand.
Mereka yang belajar silat digelar
pesilat. Amalan sekarang, pegajar atau guru silat digelar jurulatih dan
seorang yang mewarisi aliran sesuatu perguruan digelar Guru Utama aliran
itu.Kebanyakan guru silat kini menolak gelaran Mahaguru kerana bagi
mereka gelaran ‘maha’ hanya sesuai untuk Allah (Tuhan) dan ini menepati
perawakan guru silat yang kebiasaannya gemar menyembunyikan kemahiran
mereka dan amat merendah diri.
Pesilat senior yang telah lama
berkecimpung dalam dunia silat sebagai pengajar (atau menyembunyikan
kemahiran mereka), berkemahiran tinggi dan ada di antaranya mewarisi
beberapa aliran yang telah hilang digelar sebagai Guru Tua dan amat
dihormati. Pesilat yang mempunyai tahap silat yang tinggi digelar
pendekar.
Silat tersebar sepanjang Nusantara Melayu
sejak abad ke-7 M, tetapi asal-usulnya masih lagi tidak pasti.
Meskipun, silat telah diakui sebagai seni Melayu asli.
Orang Melayu yang telah menetap di
bandar-bandar pantai pulau Sumatera dan Semenanjung Melayu, dari Aceh di
utara ke Kelantan, Kedah dan Kepulauan Riau di selatan, adalah orang
yang mengamalkan silat. Perhubungan dengan kumpulan suku kaum lain di
bandar-bandar pantai telah juga mempengaruhi bentuk silat. Adanya bukti
bahawa budaya China dan India telah mempengaruhi gaya-gaya seni
mempertahankan diri itu.
Apabila Islam disebarkan sepanjang
nusantara abad ke-14, ia diajar di samping dengan silat. Selain seni
bertarung dan tarian budaya rakyat, silat kemudian menjadi suatu latihan
rohaniah.
Silat telah diperhaluskan ke ciri
keistimewaan Sultan, panglima dan pendekar sewaktu empayar Kesultanan
Melaka, Majapahit dan Srivijaya. Ia adalah waktu apabila silat tersebar
sepanjang Semenanjung Melayu, Jawa, Bali, Sulawesi dan Borneo.
Orang Melayu, terutamanya di Semenanjung
Melayu, menganggap cerita legenda Hang Tuah pada abad keempat belas
sebagai bapa silat. Silat berkongsi sejarah yang sama di Malaysia
(termasuk Singapura ketika itu), Brunei dan Indonesia sewaktu era
penjajahan sebagai suatu wadah untuk membebaskan diri daripada kekuasaan
penjajah.
Sewaktu era pasca penjajahan, silat telah
menikmati populariti dan nama yang tinggi oleh kerana jasa-jasa
pendekar yang telah memimpin perjuangan dan mengorbankan nyawa untuk
kemerdekaan. Di Malaysia, kerajaan Malaysia telah mengiktiraf bahawa
silat sebagai Seni Bela Diri Rasmi Malaysia dan diwartakan dibawah Akta
Warisan Negara semasa Konvensyen Silat yang dianjurkan pada 3hb hingga
4hb Disember 2006.
Pada 23hb hingga 24hb September, 1979,
ketika Sukan Asia Tenggara ke-14, IPSI telah memperkenalkan Olahraga
Pencak Silat. Peraturan pertandingan ini telah disusun pada tahun 1973.
Silat sekarang adalah secara rasmi termasuk sebagai sebahagian daripada
Sukan Asia Tenggara.
0 komentar:
Posting Komentar